Wednesday, December 30, 2009

From 'Friends to Bitches'!

ada orang pernah mengaku..dia kawan baik aku
yup! aku mengaku dia memang kawan baik aku
aku cuba menjadi sebaik mungkin untuk berkawan dengannya
tapi aku tidak suka orang mempermainkan aku
bila berjanji mesti la depenuhi
klu tak dapat dipenuhi pon
klu dah berjanji nak berjumpa...aku datang dari jauh kot!
klu tak jadi dan tak boleh jupe..gtau la awal2
jangan la bermain drama dengan SMS dengan ayat2 bangang yang kununnya bergurau
aku sangat hangin bila orang tidak tau menghormati aku
katanya kawan tapi hampeh...

bila aku mesej cakap nak stop contact lepas ni
dia boleh plak balas yang aku memang tak pernah anggap dia kawan pon sblom2 ni
pe jadahnya semua tu?
klu nak salahkan aku sebab memang salah kau
tu lagi membuatkan aku benci
jangan buat aku benci kat ko sebab sekali aku benci
memang kau pon tau kesudahannya

orang nak bercinta..dia pon sibuk nak bercinta
dah bercinta...nak hebohkan kat semua orang yang dia dah berpunya
bila tengok kawan-kawan dah bertunang..
dia pon sibuk jugak nak bertunang
then lepas sorang..sorang..kawan kawen..dia pon sibuk nak kawen
tapi semua tu tak kan jadi kalu niat sedari awal dah tak ikhlas
setakat nak paksa belah laki masok meminang
dan niat di hati sebab jeles nga kawan2 laen
dan juga nak tunjuk yang diri itu sama bahagia dengan yang lain
adeehhhh....naseb la badan kan...
tapi setiap orang mesti blajar dari pengalaman
jangan ulangi kesilapan sama
jangan jadikan cerita dan drama berulang
berfikirlah sendiri kerana orang tiada masa untuk berfikir untuk anda
orang hanya ada masa untuk bercerita tentang anda sahaja!

bila anda anggap kawan2 anda lain sangat baik dengan anda
adan ternyata silap! mereka mungkin baik didepan anda
tetapi belakang anda? tepuk dada tanya la mereka
klu tidak sedangkan mereka boleh bercerita tentang tidak baik mengenai anda dibelakang anda
dan anda dengan bersungguh2 menyatakan kawan2 anda itu sangat baik dengan anda
aku tidak memaksa untuk mereka bercerita
tetapi mereka dengan selamba bercerita
aku tadah je la telinga mendengar

********************THE END********************

Tuesday, December 29, 2009

Im alwayz into it


I love you not only for what you are, but for what i am when I am with you.
I love you not only for what you have made of yourself,
but for what you are making of me.
I love you for the part of me that you bring out.


When love is accompanied with deep intimacy,
it raises us to the highest level of human experience.
In this exalted space, we can surrender our egos, become
vulnerable and know levels of joy and well-being unique
among life experiences. We attain a glimpse of the rapture
that can be ours. Boundaries are blurred, there are no
limitations and we rejoice in union. We become one and,
at the same time, both.

BieBian!

Wan Rabiantul Adawiyah

Thats my best friend's name! Wan Rabiantul Adawiyah aka Biey aka Bian. Motive for this entry?! So simple. Aku nak xplen pada semua especially pada Kamilians tegar yang selalu terjah aku nga soalan2 cepumas. Geng bas sekolah la selalunya. Walaupun dah berkali2 gtau yang aku nga Biey juz kawan baek tapi still lagi susah nak percaya. Hadooiii....

Maaf pada Biey sebab terpaksa masokkan entry dalam blog. I need to explain this my love!


The only pic i have with her! [Reunion Kamilian Raya 2007]

Aku nga Biey dah lama kenal kot...Form 2 Kamil dan masok Form 3 kitorg sekelas. Takdela rapat sangat time tu tapi kira okey la..classmate kan. After PMR masing2 wat hal sendiri..masok MRSM and lost contact. Kitorang contact balek after 4 years tu pun hasil jasa baik Maizatul Azmar aka Ema yang bagi no phone Biey kat aku. Time tu aku training kat WTW Kuala Lumpur. Start dari situ kitorang mesej and berhubung. Ktorang betol2 stat baik dalam 2,3 taun ni ja. And aku akui Biey adalah kawan perempuan yang paling baik pernah aku ada. Aku memang sayang dia tapi tak lebih dari sorang kawan baik! Selesa dengan caranya..senang berbual, a good listener and bad advisor sometimes...heheheh...tapi yang penting aku boleh share everything dengan dia. Mungkin pada sapa2 yang tak kenal rapat dan tak tau hubungan ktorang..akan salah paham kot. Bergayut dan SMS cam kapel tapi sejujurnya ktorang memang selesa berkawan dengan cara begitu. Aku menghormati Biey sebagai seorang kawan yang sangat baik. Senang dan selesa yang membuatkan aku happy bila pikir aku ada kawan sepertinya.

Aku tulis entry ni sebab aku nak tekankan...yang Biey adalah memang kawan baik aku. Pada kawan2 Kamilian n kawan2 lain. Janganlah salah faham lagi OK. Aku mungkin rasa korang salah paham bila dengar cerita2 yang versinya berbeza. Tapi ini adalah pengakuan aku sendiri. Aku berkawan dengan semua orang dan aku memang tak suka rosakkan persahabatan aku dek kerana cerita2 tak best dari orang lain.

Adios....

Saturday, December 26, 2009

Movies With Friends!

Sejak 3 atau 4 bulan ni aku tak tau la kenapa aku suka sangat tengok wayang. TGV, GSC and Cineleisure Damansara...itu la destinasi aku bila ada je movie baru yang kuar. Dan paling penting aku akan book tiket seminggu awal tuk tengok Premier or Opening Show. Mungkin aku kebusanan kot..hidup takde awek memang camni la kot. Hehehehehe....


********************************************************

This is the latest movie aku tengok semalam dengan geng2 UTP..Palie, Mejoh, Takuyuh n Meghie. Najib termasok la jugak walaupun dia sempat 3 kali tertidur sepanjang movie tu. Aku tahu ni bukan jenis movie Najib! Hahahahah...

Sherlock Holmes...with no high expectation because i already know the name! Dah tau nama Sherlock Holmes tu dan pernah juga baca bukunya. Robert Downey Jr. and Jude Law memang tidak mengecewakan. Guy Ritchie memilih pelakon yang betul untuk kedua-dua watak tersebut. Robert sebagai Holmes and Jude Law sebagai Dr. John Watson berjaya membuatkan movie ini wajib tonton. Bagaimana aksi lawak Robert dan Law dapat mengimbangi plot yang sedikit laju. Guy Ritchie memilih jalan selamat untuk filem ini dengan tidak membuatkan penonton berfikir terlalu banyak tuk setiap apa yang berlaku. Dia terus menerangkan dengan kemas untuk setiap plot. Sherlock Holmes akan lebih bagus jika Robert, Law and Rachel dapat memekatkan lagi slanga British mereka. Pandangan aku la kan...

Overall...untuk genre nye aku bagi 4 bintang untuk Sherlock Holmes!


*******************************************************

AVATAR directed by James Cameron

This is totally awesome movie! the best ever sci-fi movie yang pernah aku tonton. Dengar nya kos pembikinan dekat-dekat RM800 juta. So, bila tengok movie ni memang logikla kot. Bagaimana imaginasi Cameron dapat membawa penonton mempercayai dan menghayati kehidupan di Pandora. Jack Sully lakonan Sam Worthington begitu berjaya membuatkan penonton teruja baik ketika menjadi manusia mahupun ketika berada di dalam tubuh Avatar. Kehidupan dan keindahan bumi Pandora tersangatlah di luar imaginasi dan teknologi CGI berjaya menjadikan semuanya nampak seperti real! Fuuuhhhh....

A+ and 5 Star Movie!

**************************************************


2012 directed by Roland Emmerich

Movie ni aku tengok premier sorang2. Ajak budak2 ni semua tak nak g..so,aku book tiket g tengok sorang2 kat Bukit Raja. Duk pulak sebelah awek cun yang balaknya asek nak wat movie sendirik! awek tu plak cam takde mood nak layan balaknya tu. Aku gelak sorang2 walaupun citer ni citer serius. Hahahahaha...

2012 yang menceritakan pasal kiamat yang akan menjelma pada tahun 2012, yang akan memusnahkan 3/4 dari hidupan dibumi ini sangat2 berbaloi untuk ditonton. Lakonan John Cusack memang sangat tidak mengecewakan. Tak pernah lagi kot aku tengok movie John Cuscak yang sampah setakat ni. Value for Money tuk 2012 dan tidaklah mengecewakan dari sususan plot2 dan CGI nyer. Cuma last 30 minutes tu sket lembab dan ending dia sangat2 la tidak dramatik...bagi aku la. Layannnn......


************************************************


Twilight Saga New Moon directed by Chris Wietz


Sekuel kedua adaptation dari novel Twilight. Movie yang aku tunggu sekian lama. Aku tak dapat tengok Premier cite ni coz masa tu aku kat Qlate...balik bercuti Raya Haji. Tapi balik je dari bercuti, aku terus g Cineleisure layan citer ni nga Lina. Walaupun dia dah tengok malam raya tu, aku paksa gak temankan aku tengok. Sori Lina...hehehehe

Nak cite pasal Twilight New Moon ni, cam dah agak dari awal la kan..memang x mengecewakan. baca novel dia pon dah leh wat orang teruja dan sekali kuar movie nyer sure orang berebut nak tengok. Full house kot wayang tuk 2 minggu pertama tu. Kawan baik aku, Biey g Kuantan lepas 2 minggu kot cite ni kuar. Dah basi dah la yang baru nak tenagok. Hahahaha..

Bagi aku la..New Moon ni memang best la. Dari segi susunan cerita nya, watak2 dan juga ending. Ending dia memang terbaek kot! Yeahhhh...tapi paling tak disangkal orang ramai tengok cite ni sebab pelakon2 nya. Kaum hawa aka gadis2 mahupun makcik2 tengok citer ni sebab Robert Pattinson dan laki plak sebab Kristin Stewart. Tapi dia memang cun pon!

4.5 Star tuk Tiwlight New Moon. Waiting for Eclipse and Breaking Dawn now!

...mine mine mine...

tersangat la lama aku tak menulis dan update blog aku ni.
nak kata busy, takdela busy sangat rasanyer.
cuma takde mood nak menulis.
ekekekeke...

salam semua pada kawan-kawan..
aku cuba menulis lagi..bermula lagi tulisan rasa hati dan pengalaman aku untuk dikongsi bersama.

yeaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-52

Tanggal 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun Malaysia ini merasai nikmat kemerdekaan. Merdeka dari jajahan Inggeris, merdeka dari taklukan minda dan jajahan tenaga orang asing. Dan selepas 52 tahun merdeka, adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini telah sebetulnya merasai nikmat kemerdekaan? Memang betul kita telah mempunyai negara sendiri, kerajaan sendiri, ekonomi sendiri dan segala-galanya sendiri. Tetapi kesuluruhannya adakah kita seudah merdeka? Terutama oranng-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia?

Para pemimpin, penceramah, nasionalis dan orang ramai selalu memberi pandangan mengenai apa itu erti kemerdekaan. Ada yang menyebut bahawa kita sudah merdeka dari zahirnya dengan bebas dari cengkaman jajahan Inggeris tapi kita masih dijajah oleh Inggeris dan bangsa asing melalui ekonomi. Ada juga yang bercakap mengenai penjajahan baru melalui ilmu dan minda, kepakaran yang kita terpaksa terima dan guna dari bangsa asing. Itu semua terlalu klise untuk didengar lagi pada masa sekarang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkenalkan satu idea baru mengenai Malaysia iaitu 1Malaysia . Adalah idea dan konsep ini akan dapat menjamin keharmonian dan keamanan Malaysia? Atau ada perkara lain yang akan merosakkan nilai KEMERDEKAAN Malaysia?

Kali ini aku tidak mahu menulis mengenai jajahan bangsa asing melalui ekonomi, ICT, ilmu kepakaran atau juga cara hidup rakyat Malaysia. Aku ingin sentuh suatu perkara yang sangat dekat dengan rakyat negara ini tetapi ianya terlepas pandang oleh sesetengah kita. Kita selalu bercakap mengenai perkara-perkara luar yang boleh merosakkan nilai kemerdekaan negara kita. Tapi tidakkah kita sedar yang negara kita ini sedang dihancurkan oleh rakyatnya sendiri.

Malaysia bermula dari kerajaan pertama selepas merdeka, mempunyai barisan pemimpin yang sangat berkaliber dan dapat membangunkan Malaysia seperti yang ada hari ini. Tetapi semakin maju dan moden Malaysia ini, semakin ramai pemimpin yang lupa akan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Semakin ramai pemimpin yang tamak dan gilakan kuasa. Semakin ramai pemimpin yang bertuhankan duit dan kuasa. Rakyat yang berkuasa memilih kerajaan dan pemimpin terus alpa dan terus tertindas. Pemimpin yang memilih keluarga, saudara mara dan rakan-rakan sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan dari rakyat yang sengsara. Korupsi dan rasuah terus berleluasa dalam sektor kerajaan dan swasta. Penyalahgunaan wang zakat, koperasi, jabatan, kementerian dan banyak lagi terus bertambah.

Rakyat diperbodohkan dengan berita-berita yang tidak benar dan palsu. Rakyat ditipu dengan drama politik sampah dari kerajaan dan parti pembangkang. Mereka yang bertelagah masih lagi boleh senyum dan bergurau senda ketika berjumpa tapi rakyat yang taksub ini sudah tidak lagi bertegur sapa. Jiran-jiran bergaduh, surau dan masjid berpecah mengikut parti politik, subsidi dan bantuan disalahguna dah tidak telus, duit zakat disalahguna untuk kepentingan peribadi dan banyak lagi perkara-perkara yang menjelikkan mata tapi dipejam dan dilupakan. Adakah perkara seperti berikut tidak akan merosakkan nilai kemerdekaan negara kita?

Aku berdoa Malaysia ini akan terus maju dan makmur sampai bila-bila. Semoga Allah kurniakan nikmat abadi kepada rakyat Malaysia dan limpahkan kurniaan rezeki untuk rakyat. Semoga Allah hapuskan orang-orang munafik dan hipokrit yang akan membunuh bangsanya sendiri jika dibiarkan lama hidup di dalam Malaysia ini. Allah sedarkan rakyat Malaysia ini dengan tanamkan erti pentingnya bersatu padu, bekerjasama dan saling menghormati. Kurniakan kami pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Bukan pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk kuasa, wang dan pangkat. Amin...

Selamat Menyambut Hari Merdeka...

Saturday, August 29, 2009

House MD Season 6

This is what i waiting for...for a long time after interesting ending last season. House for MD a.k.a HOUSE M.D new season will be out on this coming September with 2 hours premier. Now, i share with you the Promo for House MD Season 6! I followed this series from its 1st season and it is my favourite series after Prison Break...


Monday, August 24, 2009

Maxis 63660, Kempen BN di Permatang Pasir

Assalamualaikum...
Ini sekali lagi aku nak menulis mengenai politik dan kempen dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Aku hanya hendak menyebut mengenai kempen yang dilakukan oleh Maxis atau Hotlink untuk membantu calon BN di PP. Sehingga ke hari ini aku telah mendapat tidak kurang 10 SMS dari 63660 iaitu dari rangkaian Maxis yang mana mesej-mesejnya mengenai keburukan PAS, Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, Tok Guru dan sebagainya. Aku sudah bosan untuk membaca mesej-mesej seperti ini. Adakah BN tidak pernah belajar dari kesilapan mereka yang terdahulu. Mengawal siaran berita di TV, akhbar-akhbar dan kali ini melalui talian telefon pula akan membuatkan orang bosan dan jelik dengan BN. Orang malas untuk menonton berita kerana sudah tahu dan hafal isi kandungan beritanya. Orang malas untuk membaca berita di akhbar-akhbar kerana bosan dengan berita yang tidak benar dan berat sebelah.

Aku ini bukan penyokong pembangkang. Aku adalah Pemuda UMNO dan faham apa itu perjuangan untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Tapi aku akan sokong apa yang betul dan akan membantah apa yang salah. Yang terang-terang salah tetap salah dan aku tidak akan sokong walaupun datangnya dari UMNO atau PAS. Senang saja. Cara-cara berkempen begini bagi aku sangat-sangat sampah dan meloyakan pengundi-pengundi. Sedarlah wahai UMNO atau PAS, berkempenlah dengan hemat yang tinggi kerana pengundi-pengundi akan menilai parti anda dengan cara itu. PAS tidak perlu menghina atau mempertikaikan keIslaman ahli UMNO dan UMNO pula tidak perlu menggunakan kuasa yang ada sebagai kerajaan untuk meraih undi. Semoga Allah terus memberkati bumi Malaysia ini dengan rahmat-Nya dan mengurniakan kita dengan pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Rakyat tidak mahu pemimpin yang berjuang demi Kroni, Keluarga dan Nyawa sendiri!

Nik Aziz : Tidak Salah DAP Hina Islam

Kali ini aku nak usik sedikit mengenai isu hangat yang telah timbul 2 minggu lepas mengenai pendirian Tuan Guru Nik Aziz mengenai penghinaan DAP terhadap Islam. Apabila kita membaca Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Harian Metro, tiada satu pun artikel atau berita dari surat khabar tersebut menceritakan berita yang betul. Orang-orang yang sedikit extremis terutama kaki-kaki bodek UMNO dan BN terus menghentam Tok Guru tanpa membaca dan mengetahui hal yang sebenar. Yang paling menghairankan dan paling ajaib, pemimpin yang dikatakan mempunyai ilmu yang tggi seperti Tan Sri Muhyiddin juga melahirkan pendapat yang menunjukkan kebodohan beliau. Kecewa, terkilan dan sebagainya! Mengapa dibaca surat khabar yang sudah terbukti tidak pernah adil dalam memberi berita pada pembacanya. Kenapa tidak masuk Youtube dan tengok sendiri video mengenainya atau membaca Sinar Harian yang memberi sedikit berita yang berbeza tapi benar pada hakikatnya?!

Di sini aku hendak memetik sedikit apa yang dikatakan oleh Tok Guru mengenai DAP menghina Islam tempoh hari. Tok Guru menyifatkan tindakan segelintir pemimpin DAP yang menghina Islam bukanlah sesuatu kesalahan memandangkan mereka bukan orang Islam.

"Sekarang timbul masalah hina Islam. Siapa yang hina Islam?Orang yang menolak Islamlah yang yang menghina Islam. Malah kami orang yang memperjuangkan Islam ini dihina. DAP kalau hina ISlam, tidak mengapa sebab dia tidak Islam. Sepatutnyakita dedahkan Islam kepada rakyat supaya dia faham termasuklah DAP. Orang Melayu Islam yang menolak Islam itulah sebenarnya dianggap menghina Islam. Sebab itulah PAS bersama DAP biar DAP faham Islam". - Tok Guru.

Dari petikan kata-kata Tok Guru itu tadi, aku pasti semua orang yang celik ilmunya dan tahu membezakan ayat-ayatnya akan paham apa yang Tok Guru maksudkan. DAP tidak mengenal Islam dan bukan beragama Islam, memang logikla mereka menghina Islam. Zaman Rasullullah dahulu, Islam juga dihina oleh kaum Jahiliyah kerana mereka tidak mengenal Islam. Kita juga akan menghina dan menolak sesuatu yang kita rasa benda itu berlawanan dengan kehendak dan kepentingan kita walaupun pada hakikatnya benda itu baik. Kita akan terima sesuatu yang baru itu apabila kita belajar dan memahami perkara itu.

Aku hidup dan membesar di Kelantan. Rakyat Kelantan sangat menghoramti antara satu sama lain termasuklah Melayu, Cina, Siam dan India. Cina, Siam dan India tidak pernah mempertikaikan Islam di Kelantan kerana mereka telah faham apa itu Islam dan cara hidup Islam di Kelantan. Cina tidak meminum arak di khalayak ramai kerana menghormati orang-orang Melayu. Cina tidak menjual babi dan makan babi dikhalayak ramai kerana menghormati Melayu. Cina, India, Siam menghormati masjid dan hari Jumaat. Itu hanyalah sedikit contoh yang dapat aku tengok sepanjang aku tinggal di Kelantan.

Aku berharap selepas ini kita janganlah terus membuat kenyataan yang sama sekali tidak benar dan menunjukkan kebodohan kita kepada orang lain. Bagi aku, kalu tidak tahu apa-apa tidak usahlah bercakap. Lebih baik diam dari bercakap. Dan jika tidak pasti, dapatkan informasi untuk pastikan kemusyikan kita itu dan belajar jika tidak tahu hukum dan nas-nas nya. Sama-sama kita bersyukur pada kurnia rezeki-Nya. Amin..Alhamdulillah...

Friday, August 14, 2009

Comic-Con 2009 : Smallville and Supernatural

Here we go..the new season of Smallville and Supernatural will coming back this September. My favorite series is Prison Break but there are no Prison Break anymore. So, what left for me now is only Smallville and Supernatural. This is their season promo by Comic-Con 2009.


Smallville Part 1




Smallville Part 2




Supernatural Part 1



Supernatural Part 2

Ketidak-adilan Dunia vs Rezeki-Nya

Nissan Silvia Spec R

Semalam seorang kawan aku call aku. Kawan yang merangkap orang kampung aku, jiran dan dua pupu aku - Sleen. Sama baya dengan aku dan sekarang dia keja di Singapore. Sebab lama tak jumpa maka banyakla cerita yang dikongsi. Sleen ni adalah sama baya dengan aku dan kitorang dulu sama-sama dapat masuk UiTM. Cuma bezanya dia dapat masuk UiTM Dungun sambung Diploma Kej. Elektrik dan aku masuk UiTM Perak. Tapi dia ada masalah sikit dengan study dan tak dapat tamatkan Diploma nya tu. Sayang jugak la sebab masa dia quit tu pun dah final semester. Tapi nak buat macam mana kan, dah takda rezeki dia akat situ. Tapi lepas dia quit dari UiTM, dia amik keputusan untuk masuk latihan di NIOSH dan mendapatkan sijil kelayakan di sana. Sekarang dia dah berkerja di Singapore sebagai Safety and Health Technician dengan gaji SD7000 sebulan. Baru 4 bulan keje, last-last semalam dia bagitahu aku dia baru angkat Nissan Silvia dengan membuat down payment RM15K dan monthly installment RM1600. Daripada situ aku terus terfikir, alangkah kejam dan tidak adilnya dunia ini. Aku yang belajar sampai Degree tapi hanya mampu bergaji yang cukup-cukup makan tapi Sleen boleh hidup melebihi aku!

Tapi selepas 30 minit, barula aku sedar yang semua 2 adalah rezeki Allah dan aku sebagai hambanya harus bersyukur dengan apa yang telah aku kecapi sekarang. Mungkin rezeki aku masih banyak yang menanti di depan hari. Aku harus terus berusaha untuk terus melawan ketidak-adilan dunia kerana aku tahu Allah tidak pernah kejam dan sentiasa berlaku adil pada hamba-Nya. Aku tumpang gembira dengan kejayaan hidup Sleen sekarang dan aku harap aku juga akan boleh terus berjaya. Amin...


5 Compliments Every Woman Loves To Hear

I was read this article in Shine on Yahoo - in Love + Sex section. The article is about the compliments every women loves to hear from their partner,friends or somebody close to them. The 5 compliments are :

1.You're Irreplaceable.

This is a surefire way to light up your partner’s eyes. Saying these words (with full eye contact, of course) lets the special one in your life know that you know who she is as a person and that you value her as a unique individual. Why is this so effective? Think about when you break up with someone and part ways. One of the worst ramifications of the break-up is finding out, via Facebook update or chattering among friends, that you've been replaced by someone new. On the flip side, hearing from your current partner that you're valued for more than what you look like scores big, meaningful points.

2. You bring light to my life.

Yes, we know this sounds like a bit much. But bear with us and let us make one point: relationships can go off course when one or both partners takes for granted the contributions the other makes to their lives. Saying this shows that a man understands and remembers that a women chooses to be with her man and opts to give her energy and time to him. Showing he appreciates that she shares her life with him is symphonic to a woman's ears. If the word light is a tad too over-the-top for you try replacing it with happiness, joy, sunshine—whichever word you can say with genuine meaning.

3. You are perfect just the way that you are.

This one takes the gold star award for ability to make a woman’s day, week, month or even year (if, that is, whenever she gets miffed at you for something small she recalls you saying this to her). Ingrid Michaelson sang it best with her lyrics to the song "The Way that I Am." If you really want to make your partner's day, we suggest e-mailing this song or youtube video to the woman you love. Deep, lasting love is unconditional. Showing that you comprehend and embrace this idea will touch your partner way more than superficial comments such as, "Your earrings are cute."

4. I love your (fill in the blank: bright eyes, cute toes, toned arms, sleek legs, silky hair).

We did not mean to give the impression above that we women do not like to hear you notice when we put extra effort into looking foxy for our man. But what’s key here is that what you say is genuine. Don’t just pick any random feature. Think about it. What is your partner’s best physical attribute and why do you like it? Telling your partner this will show her you pay attention to details, and to her.

5. I am so proud of you.

A big deal-breaker in any relationship can be supporting one another’s life goals or not. Paying attention to your partner’s current goals she is working hard to achieve endear her to you for life. Whether it is paying off her credit card debt, completing a class, putting in extra hours to earn a promotion or even trying to better balance her life, show your loving support for your women. Her heart will melt then and every time thereafter she remembers when you supported along the way to making things happen and brushing off when the chips are down.


Now, we comes to the best part of the issue here. I am a man and what was i thinking is - How about the compliments every man loves to hear? Especially from their special one? Is it a man have a difficulty in saying all the compliments? Or the woman also cannot say a same thing to the man? I cannot answer it with fully confidence because from 5, i only can say about no 4 and 5! Hahahah...

Tuesday, August 11, 2009

Cure for H1N1...

I'm not so sure this is cure for H1N1 of its just the alternative ways to reduce the illness or fever relating with the H1N1. But, as a Muslim and people those try to find the cure at this moment, why not we just try it! One of my friend sent the post in Facebook. She said that, from the experiences of the H1N1 victims, there are cure for it. It is the fruits and vegetables! Yes...to avoid H1N1 you should :

1. Eat the fruits like Green Apple, Red Apple and Orange
2. Drink the juice - apple juice, orange juice!
3. Eat the green vegetables!

The apples are indeed high in anti-oxidant. Anti oxidant is good for normalise n increase cells...in our body!

For me, i like to eat apples. Everyday i eat the green apple and drink the juice. Hope, it can be help me to avoid the virus! Nice...nice..nice..

After a month!

Assalamualaikum...
sori guys.aku memang dah lama tak bukak blog ni dan aku memang takde mood menulis sejak 2,3 minggu ni. Ada sedikit perasaan yang kurang enak sejak sebulan ni. Aku pun tak tau apa yang tidak kena tapi tak mengapalah...asalkan aku still lagi bernyawa dan bernapas.
Yeaaahhhhhhh...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

First entry for August 2009 - Aku pun tak tau nak cerita pasal apa. Aku start dengan apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang la...sekarang dan selama 2 minggu ini. Ceritanya mengenai H1N1 atau lebih dikenali sebagai 'Selesema Babi'. Aku ni duk kat Shah Alam dah dekat 5 tahun dan ini lah kali pertama aku rasa sangat-sangat takut tuk keluar rumah dan berjalan-jalan di kawasan orang ramai. Dulu jerebu teruk, tapi aku still lagi boleh keluar jalan-jalan cam biasa. Lepas tu, denggi pulak. Aku masih lagi boleh tidur tak payah guna ubat nyamuk dan bukak tingkap sebab panas. Pengalaman aku sepanjang belajar, sekali aku kena denggi. Itupun masa minggu terakhir puasa tahun lepas. Tapi kali ini, pengganas babi sangat-sangat berjaya buat aku takut untuk keluar dari rumah. Adik aku yang sedang belajar kat Negeri Sembilan pun menjadi salah seorang mangsa virus babi. Aku harap aku dapat lari dan terus lari dari virus amukan babi ini. Tak sanggup owh dikuarantin dan demam yang tak ada ubat. Dan juga boleh menyebabkan aku mati awal. Lagipun aku belum kahwin lagi. Mana boleh!!!!!

Marilah kita sama-sama berdoa semoga dijauhkan diri kita dan keluarga daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti H1N1 ini. Amin....

Saturday, July 11, 2009

Transformers Revenge of The Fallen

fuuhhh..dah lama aku tak update blog ni. Sedikit bz dan sedikit malas nak menulis. Dan hasilnya..aku menulis cerita yang sudah basi a.k.a cerita yang sudah malas untuk orang amek tau..hahaha...

28 Jun 2009 - GSC THX Summit

Malam Sabtu 28hb tu, aku join budak2 umah Seksyen 27 (aku tak sebut Seksyen 26 doh Li!) g tengok Transformers 2 di Summit. Jam 8 gerak dari umah then sampai Summit de la sesi bergambar depan escalator. Hahahaha...

Aku n Palie..nak amek gambar depan poster Transformers tapi orang ramai sangat. Terminator pon jadila..kalu x silap Palie ada hantar MMS ni ke hp Najic. Najic still kat Pasir Puteh masa ni.

Aku perkenalkan, dari kiri Meghie, Mat Yuh, Mejoh, Markle (aku) n Palie. Sini memang tak boleh nak tag Yuh! Aku nak promote budak2 ni plak. Meghie ni Oil n gas Engineer, Mat Yuh baru grad UTP still nganggur, tp tgh interbiu cari keje, Palie plak JVC Engineer tapi rasa cukup tahun ni resign la tu. Semua kawan-kawan aku ni bekas top student UTP. Hahahah...

Tuesday, June 23, 2009

Open Table...

Thanx to Man sebab semalam open table kat Restoran Tasik Indah...belom dapat gaji dah belanja kami makan. Nanti cukup bulan kita pergi lagi ye Man. Hahahaha...

Ikan Siakap 3 Rasa - Tom Yam Superb - Sotong Tepung - Kailan Ikan Masin



Jerry & Tony - Ni memang lapar betul ni!Dia yang order dan dia juga yang start tala dulu semua makanan.


Gua tengok jek. Cover line sikit la. Sebelah aku tu adalah Man - Host of the Night. Pada Buizzar yang pada masa ni tengah berasmara nga awek terchenta kat Penang dan Anip (Kerja), korang kena la tunggu bulan depan. Turn Tony pulak bulan depan. Hehehe..Terima kasih sekali lagi!

Sunday, June 14, 2009

Aku Tak Suka Maki Orang..Tapi..

Seminggu dua ni aku emo sikit. Mungkin sebab banyak masalah yang datang dan kacau jiwa aku. Kepala otak pun dah sikit biol tapi tahan la juga sampai boleh tahan. Tapi dalam tahan-tahan tu, ada juga la meletupnya. Harap maaf la pada sapa yang terkena. Aku mengaku aku salah marah dan maki korang tapi korang juga perlu tau aku marah sebab korang buat salah. No offense...Aku memang tak suka maki orang sesuka hati. Aku akan cuba sboleh mungkin untuk tegur dan cakap baik-baik apabila korang buat salah. Dan aku akan tegur dengan tanya kalau ada apa-apa yang korang tak paham. Lain kali...aku harap korang jangan lah...

1. Repeat again n again kesilapan yang sama walaupun aku dah tegur dan korang angguk cakap dah paham.
2. Jangan kutuk kawan2 sendiri kat belakang spesely teammates korang. Kutuk aku takpela kalau aku tak tau.
3. Kerja tak siap tapi masuk ofis lambat, kuar lunch awal then masok lambat.
4. Client call tanya payment then cakap aku tak sign lagi. Bukan aku yang sign benda 2, tapi makhluk botak dalam bilik nu yang sign!
5. Hantar report kat aku yang reportnya cam ko nak hantar kat cikgu sekolah!
6. Jangan tipu aku!
7. Amik MC tapi kantoi ngan aku kat KLCC nga balak ko. Memang la aku maki!
8. Ngadu/Ngampu bos then bos tanya aku balik apa terjadi. Bodoh ke apa korang ni. Korang ngadu nga bos dah confirm2 bos akan tanya aku balik.

Kejela elok-elok. Aku pon dah nak blah dah pasni. Bulan depan korang dah tak dapat dengar aku maki-maki lagi. Dan aku harap Mr. Lim tak ganti tempat aku dan jaga korang nnt. Sebab korang pon tau dia camna orangnya kan. Goodluck my friends!

Weekend..not promising enough!

SABTU

Bangun pagi, celik mata...terus aku mandi! Sudah mandi dalam palaotak ni dah plan dah nak g jalan-jalan Sunway or The Curve tapi tengok cuaca kat luar...alamak,mendung,jerebu n cam nak hujan la plak. Tak jadik...kensel semua plan! Amek semua baju yang tertunggak seminggu, sumbat dalam mesin basoh. Sampai la petang baru aku jemur baju tu sebab aku bantai tido sampai kul 5. Bangun tido, lagi masalah nak pikir. Nak buat hape malam nanti. Takpe..aku siap-siap gi jogging kat 18 dulu. 7 malam, aku sampai umah. Mandi, solat then terus dapat idea. Aku nak g S26 umah palie n Sssepa. Meset palie tapi dia kat Sunway Piramid la plak. Tunggu dulu n dalam kul 8 lebeh, Palie sms cakap dia dah nak balek. Aku apa lagi...chhuuummmm terus ke S26. Lepak-lepak sampai abeh cerekarama, aku chow balik umah. Buhsan ah...kul 530 pagi gak aku tdow. Main FIFA Manager, layan Friday the 13th skali lagi n sahur (aku nak pose ganti esoknya). Abeh 1 ari hujung minggu aku walaupun awalnya tersangat la buhsan dan takde plan langsung. End....

Sunday, May 31, 2009

FA Cup Finale

Chelsea 2 Everton 0

'The best team win' - Sir Alex Ferguson

'Everton is not for Chelsea. No need to worry if Everton has scored an early goal last night because i know, Chelsea will dominate a game and score 2 or 3 goals. My prediction is 3-1 but a linesman is 'fucking blind' last night. Credit to Hiddink because take back the winning mood to Stamford Bridge and please no Ancelotti in CFC! Nice..nice...nice...' - Sir MarkLe MouRinho


Thursday, May 28, 2009

Hail MESSI!

Barca 2 MU 0

I am a huge fan of EPL and supporter for EPL's club! That a fact. But when it comes for the quality of the player, i can change my mind in a direct order. Comparing Ronaldo and Messi...1000% i will choose Messi, no doubt at all. I admit that Ronaldo is a very talented player but i cant stand with his style. Tonight, the fact is come to the fact. Messi is much much better than Ronaldo. With no ambitious thing to do in big game, just play like a team and score a magic goal with his head. With head?! Yes...its sound crazy for MEssi but there he is! I will be fair about MU. For me, tonight is not MU's night. At first, Fergie has a wrong tactical approach. It cannot be Park - Anderson - Carrick - Giggs - Rooney - Ronaldo in the midfield! For 2nd, Barca is totally control the game from the 3rd quarter of the field. Messi did not dance like before but it is enough to give space to Henry, Iniesta, Xavi and Eto'o! The goal from Eto'o proof that! For me..this final is not the final that i expected. Not the dream and beautiful final like Platini said! Go to HELL to Platini and UEFA!




hahaha...

who is the boss here?!

Cerita lawak dari seorang 'saing'...

Ini adalah cerita yang sangat menarik dari kawan aku. Perihal yang sangat lawak tapi logik dan boleh dicapai oleh mereka.

Seorang kawan kata : Mirul target dalam masa 2 tahun setengah dia akan jadi JUTAWAN.

Kawan yang bercerita : Aku pun boleh jadi jutawan juga. Tapi Mirul kata, aku tak boleh jadi jutawan sama nga dia dalam masa 2 tahun. Aku kena amik masa 5 tahun.


Aku ngan Najic terus gelak besar malam tu. Cerita dua orang ni memang best. Mirul memang dah jutawan. Kalu dia nak jadi jutawan esok pun anytime boleh. Dan kawan yang bercerita tu pulak? Dia pun dah jutawan juga. Apa yang membezakan dia dan Mirul adalah...pengurusan aset yang dia ada tuk kekalkan nilai terus berjuta. Bukan tuk terus menjadi ribu! Hahahahah....

...Ujian dan Rahmat-Nya...

Sudah seminggu Yana kat ICU...keadaan dia still lagi tak berubah. Masih lagi tak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya dengan 'all the machines and meds'! Aku hari-hari ulang-alik dari rumah ke hospital untuk melawat dia. Aku doakan kamu akan cepat sedar dan sembuh. Kalau kamu ditakdirkan pergi dulu pun, aku akan doakan kamu akan pergi dengan tenang dan aman. Semoga Allah akan memberi ketenangan dalam hati dan diri kamu. Amin...

Pagi tadi pulak, MakCik aku...CqPah..call tiba2. Awal-awal pagi pulak tu. Then, dia bagitahu yang parents aku...Ma nga Abah sakit pulak. Mama aku masuk hospital and abah aku pulak tak berapa sihat. Abah aku sepanjang yang aku tau tak pernah sakit. Kalu sakit pun hanyalah setakat demam. Lepas makan ubat, okey la dia. Tapi kali ni lain pulak jadinya. Dua-dua orang sekali sakit serentak. Pada awalnya aku buat keputusan nak balik tapi aku amik masa dulu tuk berfikir. Tengahari nya, aku call adik aku dan dia cakap..Ma aku dah okey sikit lepas pergi hospital dan doktor masukkan air dan bagi obat! Alhamdullilah...aku doakan kesejahteraan parents aku. Weekend ni aku balik kampung..Insyaallah!

Allah turunkan ujian untuk aku dengan keadaan begini. Aku harapkan aku dapat membuat keputusan yang tepat tuk kedua-duanya...Yana dan ibu bapaku. Insyaallah...Amin

2 Weeks ago...

Selepas 15 minit...api ooo api...survival abih!

Tips dari Korie : Kalu nak tau ikan tu dah masak. Tengok mata dia. Kalu mata dia dah pecah, dah boleh terbalikkan ikan tu. Sotong plak...tgk kulit dia dah keras. - Tu sape-sape pun tau Korie weh!hahahah....

Lepas abihkan 4kg ikan dan 2kg sotong, tiba masanya la berjalan ditepi pantai dalam kegelapan hari! Acaranya..menangkap ketam. Ada lagi tips dari Korie tapi takpela...kita semua dah tau pe tipsnya. Tips menangkap ketam dicelah-celah batu.



Idea Mat Yo : Berlumba ketam! Mat Yo nga ketam sama je. Dah konpom ketam 2 jalan tak betul, lagi nak suh berlumba. Last-last Korie juga dapat idea...'Laga Ketam'! Damn...

Thanx to Sapue sebab belanja Ikan dan Sotong semua. Balik malam tu, satu kete Myvi Najib bau ikan! Muahahahah...




Wednesday, May 27, 2009

Renungan Bersama..

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Sunday, May 17, 2009

Prison Break..superb Ending!

aku baru sampai umah shah alam...selepas seminggu aku balik kampung bercuti! best owh...sampai je rumah, aku terus on pc n download Prison Break Episode 21 n 22. Lepas 2 jam siap dua-dua episod dan terus aku tengok nga Man. What a superb ending from Prison Break's writer! Ini adalah antara ending terbaik tuk series 'tv show' yang pernah aku tengok. Berbaloi tuk download tiap-tiap minggu dan penuhkan HDD aku. Christina mati, Krantz mati...then Micheal pon MATI! dua ramalan awal aku betul akhirnya....Paul Kellerman hidup lagi dan Scofield mati at last! Nice..nice..nice...

Aku pun tak pasti Episode 22 adalah Finale ke tak sebab aku tengok kat tv.com still de lagi 2 Episode lepas ni. Not sure but happy at all... ;)

Monday, May 11, 2009

untuk PALIE..SAHAJA!

jap lg aku nak balek Pasir Puteh terchenta...nga Najic! aku sajo nak oyak ko mu...segala perancangan aku sepanjang aku bercuti 4 ari. Pertama, aku nak g Tok Bali, beli sata make tepi pata. Tok kiro la nga Najic ko, Bob ko, sekor ko. Keduo, aku nak make sup tuley keda atu! Ketigo, aku nakg pasar mggu ari Kamis. dekat stengih taun doh aku sero aku x g pasar mggu Pasir Puteh! damn! Keempat..aku tengah mikir nak wat gapo nnt bilo sapa dumoh. Mungkin aku akan g RP cari stok2 terbaru. Hahahaha....loni pukol 607 ptg. Najic baru mesej aku saknih kato nak tolok 630. Tapi skalo gak rapat lepas ngorib jugok nih...takpola..asal sapa jah...muahahaha...

SSeeepa nak kacik sireh. Aku akan cari tuh! Mu pulok nak gapo?

Friendship is much worth than anything...

My friend...My Love...My Enemy
Friends..
Acquainted...
Revenges...
Fool and Idiot...

Don't act like an idiot
I know the game that u are playing now. Do not ever think i am idiot like u. I will play the game harder than you....I will promise u on that. For now, i just let it draw the way it is. For future? We will see how it gonna be happen!

MidValley, Chilis & Yana

Semalam kuar g MidValley...lepak2 nga Palie, Najic, Poje n Sssepa! Palie belanja makan Chilis..many-many thanks to Palie! Lepas ni bila aku dah kaya, sure turn aku plak. Tu dah semestinya..hahahaha...Dah lama tak lepak nga kawan-kawan baik camni..banyak cite yg kuar. Cite paling best? Semestinya cerita bertajuk 'KAWAN BAIK'! Damn..

Pada NurulHuda...sori sangat2 sebab x ajak ko lepak skali g Chilis. Memang janji nga ko nga Palie nak g Chilis tapi semalam 2 unplanned. Tiba-tiba Najic call aku..kul 230 ptg then ajak g MidVal. Katanya Palie, Poje n Ssssepa ajak lepak. So, dah lama xjupe Poje n Sssepa. Its time to hang out with the old friends. Sori sebab tak ajak ko sebab aku pikir semalam bukan masa tuk Ko, Aku n Palie.

***************************************************************************************

Ni untuk Yana...ex aku yang mungkin tengah bahagia sekarang ni. Semalam kan kita jupe kat MidVal tapi xsempat tegur. Kalau de kesempatan pun i takkan tegur kot. I tak kesah pon laki tu boyfren baru u ke pe. U tak perlula explain kat and text i then bagitau...'He's not my boyfriend! Jangan salah paham k'. So?! I tak pernah amek tau pon pasal u dan dengan sape u kuar sekarang. Semalam i tengok u pon sebab u dah duduk depan i. I blah awal2 pon sebab taknak u rasa tak selesa. OK? Jangan terlalu risau. I takkan spy ur life, the same thing u done to my life! I happy if u r happy. U still my friend but dont take it so serious about the past. Thanx..really appreaciate it.

Saturday, May 9, 2009

Perlu juga AKU TULIS...

Lepas Chelsea kalah away goal nga Barca semi UCL ari 2..aku igt aku taknak tulis pasal ni. Tapi lama-lama aku terpikir gak. Makin ramai kawan-kawan aku berjaya memperbodohkan diri sendiri dan berlagak mereka sangat-sangat membenci Chelsea dan menyokong Barca. Aku akui dan terima kekalahan Chelsea tapi aku tetap percaya Chelsea layak untuk menang malam tu.

Ceritanya senang saja. Orang yang tengok live match tu dan tetap kata Chelsea memag patot kalah aku sangat-sangat rasa orang-orang tu telah berjaya memperbodohkan diri mereka. Pada mereka yang langsung tak tengok match tu then tiba-tiba cakap Chelsea loser...inilah kes paling LOSER pada diri mereka. Mereka bukan setakat memperbodohkan diri sendiri tapi mereka jugak telah mengakui mereka ini seorang yang sangat.....'pikirla sendiri'!

Aku ni memang fan Chelsea. Tapi aku akan sokong dan appreciate teams lain termasokla MU, Liverpool, Arsenal walhal Leeds sekalipun kalau mereka main bolasepak yang cnatik dan menarik. Aku juga akan kritik Chelsea kalu team aku ni main cam sial! Kamu semua boleh tanya kawan-kawan aku - Palie, Najic, Mbeck, Kaba - tuk pastikan apa yang aku cakap tadi adalah baetul! Ade seorang kawan aku cakap Chelsea kalah sebab curse Hiddink yang memang tahap dia Semi je. Aku percaya sikit la pasal curse or badi or unlucky. Tapi tuk malam game Barca itu...tanya semua orang pon mereka boleh nampak sendiri. Bukan badi, sumpahan atau tidak bernasib baik...Tapi disebabkan KEBODOHAN PENGADIL dan UEFA!

Aku hendak akhiri post ni nga satu ayat yang aku rasa semua orang boleh terima.. Jika kita peminat bolasepak kita akan hargai camna bola itu dimainkan. Tidak kiralah pasukan manapun yang bermain kita akan jugde dengan apa yang kita tengok sahaja. End!

Saturday, May 2, 2009

Official: New Chelsea Home Kit 2009/10


New Chelsea Home Kit 2009/10 Officially Launched!

What i can say is....1000 miles better than MU Shirt! Hahaha...

B...

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari
- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac
- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April
-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei
-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikahan lebih sekali


Julai
-Banyak pancaroba hidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos
-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

September
-Murah hati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober
-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November
-rajin, pandai berbicara, mudah menyeleweng, tidak menafaatkan harta pusaka

Disember
- rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Terbaca dan Terpikir....

Pernah mendapat emel berantai mengenai sesuatu yang menarik. Dan aku ingin berkongsi dengan teman-teman. Kamu mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Kamu mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!! Dan aku juga rasa ia nya sangat dekat tuk dicuba!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM..
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH..
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS..
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH..
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Not in a good MOOD!

Ah ha...dekat seminggu aku tak bukak blog ni. Sebabnya? Aku tersangat la sibuk menstadikan diri untuk final exam dan menyiapkan kerja-kerja tertangguh kat ofis. Report yang aku himpunkan dengan selamba sehinnga sehari sebelum dateline barula aku siapkan, monitor trading tuk client lagi..damn! Aku pon tak tau camna aku boleh handle benda ni semua. Tapi dalam tak sedar aku buleh je siapkana semuanya. Tahniah untuk aku! Hahaha...

Isnin lepas...tiba-tiba badan aku rasa tak sihat. Main on-off plak demam dan kepala berpusing-pusing. Tapi dalam demam tak demam tu aku still lagi boleh g jogging kat Tasek 7 and turun main bola kat INTEC. Time malam je terus datang demamnya. Ingatkan kena denggi lagi tapi alhamdulillah...selepas 4 hari, aku OK balik. Tu pun selepas telan 3 guni obat dari klinik. Fuuhhhh....lega owh bukan denggi!

Tu cite pasal demam. Ni cite lain plak. Semalam de sorang kawan aku call. Tiba2 call then tanya aku...'eh Dahlan, aku ni Naim. Nak tanye, Huda de jemput ko g majlis adik dia tak?' Aku nga yakin dan selamba jawab. 'Takde la. Huda tak jemput aku! Bila tarikhnya majlis tu?' Sabtu ni jawab Naim. So, aku cakap sekali lagi. 'Takpela, kalu dia jemput aku memang tak boleh g!' Pastu aku terus letak talipon. Then aku terpikir lagi. Huda memang tak jemput aku betul pun. Aku tak tipu la. Sebab aku memang tak tau apa-apa pun pasal majlis ke hapa kat rumah dia minggu ni. Tutop...abeh cite!

* Pada kawan-kawan lama aku, Amalina dan Farasdiana, terima kasih banyak-banyak sebab call aku walaupun time aku tido tuk jemput g kenduri kawen korang bulan 6 ni. terima kasih juga diatas kiriman kad jemputan. Aku dah terima kad tu! Insyaallah, kalu dapat cuti aku balikla nanti. Sebab aku bukan Cikgu, bila cuti sekolah aku akan cuti dan balik kampung. Paham la ye... ;)

Sunday, April 19, 2009

The New 2009/10 Chelsea Kit...


Nice...Nice...Nice...
But, its look like do not fit with me! damn...

Home
The chest is divided into two portions, right and left. Adidas logo on the right, the Chelsea emblem on the left, sponsor logo in the middle of the shirt and the typical Adidas pin-strips going down each shoulder.

Away
It is not completely sure if this is the away shirt or the third shirt. But this shirt seems to be the away shirt since white has been the traditional away color for Chelsea. The shirt follows the same design as the home shirt. It is white, as i already said, with black horizontal stripes all over the shirt, black collar and the zipper-like-thing, three black pin-strips over the shoulders, Adidas logo on the right chest, Chelsea emblem on the left and the sponsor logo in the middle of the shirt. The shirt looks like the away shirt Chelsea wore back in the 1984-85 season.

Third
Again, the away and third shirt are a confusion still. The third shirt consists of black and blue strips, black collar, yellow Adidas logo on the right chest, yellow Chelsea emblem on the left, yellow sponsor logo in the middle of the shirt and yellow pin-stripes down the shoulder. The format is the same as the home and away shirt, same bra-like-design applied.

Wednesday, April 15, 2009

Oh My God...


CHELSEA 4 Liverpool 4

Aku baru habis tengok 'the most exciting football games seen in British soil for years' dan ini juga adalah 'the most exciting game ever in my life'! Jantung aku hampir tercabut keluar, mulut tak boleh keluar satu perkataan pun dan mata x bergerak dari TV! Aku juga percaya sesiapa juga yang tengok game Chelsea vs. Liverpool tadi merasai benda yang sama. Miracle in football...tidak boleh berasa selamat walaupun kamu mendahului lawan dengan 3 gol sekalipun....

Credit to Hiddink, Essien, Lampard and the blues! Credit to all my friends too...Palie, Mongkut, Kaba, Obie, Zaki, Azim, Zahid, Mbeck, Kartun!

Tuesday, April 14, 2009

Britain's Got Talent 2009...


Oh my God...i am just finished watching the real-show Britain's Got Talent 2009. What a surprise to me..amazing too! A 47 years old women just nailed the program and all the audiences! Honestly, when she stood on the stage i really think that the rubbish thing will happen again. After a second she open her mouth? That is a superb miracle word! It is not as good as professional singer but...it is good enough for the talented ordinary people at age of 47! That woman's name is Susan Boyle, un-employment from Scotland!

One thing i have learn today...

DON'T JUDGE THE BOOKS BY IT'S COVER!

Sunday, April 12, 2009

The Curious Case of K...

Seorang sahabat aku bertanya. 'Ke mana hilangnya sahabat yang seorang lagi? Dan aku cuba untuk menjawab. Mungkin dia sudah tidak sayangkan kau lagi la. Mungkin juga dia sudah melupakan kau juga. Sahabat aku itu terus berkata...'Tapi aku masih sayangkannya!'. Mungkin...Mungkin...Mungkin...

*************************************************************************

Aku masih menunggu kamu. Aku tidak biasa untuk mencari yang lain.
Aku masih mencari kamu. Aku sudah biasa dengan kamu.
Aku masih lagi berlari kepada mu. Aku tidak biasa berjalan keseorangan.
Aku masih setia disini menunggu.
Kerana engkau pun tahu aku tidak biasa beralih ke tempat yang lain.
Aku harap kau kembali....

Thursday, April 9, 2009

SUPERB Showmanship from the BLUES!




MU 2 Porto 2
Villareal 1 Arsenal 1

Liverpool 1 CHELSEA 3
Barca 4 Bayern 0

So?What i can say more than...im fucking happy! Hail Ivanovic, Hail Hiddink, Hail Drogba....n Terry too! This is not a joke! but i still want to make a big laugh here....hahahahahaah....3 away goals are AWESOME! Benitez and Liverpool damn fucking loser!

i dedicated this AWESOME result to MONGKUT, PALIE, KOLAD, MBECK, KURTAB, KABA!

Friday, April 3, 2009

The Six Biggest Dating Mistakes Women Make..

i got this from Glamour...read it last nite ;)

1) They go on too many unproductive dates.

2) They go out with their girlfriends in the hopes of meeting guys.

3: They think a guy will always like them if he just gets to know them.

4) They overshare on the date.

5) They don't let the guy talk enough.

6) They forget their manners.

hmm...sound interesting for me to look after it...just let it be!

Jam 2 Pagi...


Inilah yang terjadi apabila adanya seorang dari kami membuka mulut. 'Eh, kalau makan KFC ni best jugak ni.' Pastu dapat pulak sokongan dari yang lain. So, melantak KFC la ktorang jam 2 pagi. Aku juga yang kena gi beli nya...

Friday, March 27, 2009

UMNO, Maharaja Jib dan Masa Depan...

Minggu ini semua rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu semuanya menumpukan perhatian ke PWTC! Perhimpunan dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO sedang rancak berlangsung di sana. Aku sempat singgah sejam sahaja di PWTC semalam (Khamis). Tertinggal kad keahlian PEMUDA tetapi nasib sedikit baik sebab tiba-tiba berjumpa dengan kenalan di ruang legar dewan. Menegur, ditegur...dan aku berjaya juga singgah dan merasai kehangatan suasana di situ. Terima kasih Datuk dan Datin, Nazari, Puan Halimon dan kawan-kawan kenalan yang lain.

Berbalik pada perhimpunan UMNO kali ini, aku tidaklah terlalu 'bersungguh' sangat untuk mengikutinya. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja yang perlu aku siapkan atau mungkin juga aku sudah muak untuk mendengar orang-orang UMNO bercerita cerita-cerita kayangan mereka. Aku memang ahli UMNO/PEMUDA tetapi aku tidak menyokong semuanya dalam UMNO. Aku tidak suka dan benci KJ menang Ketua Pemuda. Aku juga tidak suka Najibz sebagai Presiden dan mungkin juga akan menjadi PM Malaysia ke-6. Tetapi sidah menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Hidup ini hendak atau tidak kita sebagai rakyat kena juga terima. Tunggu PRU13 nanti baru kita ubah apa yang patut. Aku 'orang' Mahathir sebab aku lahir dan membesar dalam zamannya. Aku juga orang Anwar sebab aku melihat bagaimana semangatnya melawan arus. Aku tidak mengatakan beliau tidak bersalah atau menyokong penuh beliau, tetapi ada sesuatu padanya yang boleh aku belajar.

Di dalam pemilihan UMNO kali ini, hanya 3,4 orang shaja yang boleh aku terima pemilihannya. KJ?sudah awal-awal aku menolak dan membencinya. Dikaitkan dengan politik wang (nama UMNO) atau rasuah (nama AKTA dan SPRM), tapi masih lagi boleh bertanding dan paling tidak aku percaya dia boleh menang melawan MUKHRIZ! Aku hanya boleh menerima Mr. No Controversy sahaja dalam UMNO baru ini yang mana aku higlightkan di dalam senarai di bawah.

Aku hanya berharap kepimpinan baru ini dapat terus berjuang untuk rakyat, negara dan ORANG MELAYU khasnya. Jangan lupa pada UMNO yang dulu...jangan jadikan UMNO baru ini UMNO NAJIB! UMNO mesti berubah jika tidak mahu karam. Amin...

Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011


Pengerusi Tetap

Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap

Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden

Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi

Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi

Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi

Datuk Noh Omar – 2084 undi

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi

Datuk Azian Osman – 2060 undi

Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi

Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi

Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi

Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi

Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi

Datuk Idris Haron – 1658 undi

Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi

Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi

Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi

Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi

Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi

Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi

Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi

Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi

Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi

Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi

Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi

Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi