Kali ini aku nak usik sedikit mengenai isu hangat yang telah timbul 2 minggu lepas mengenai pendirian Tuan Guru Nik Aziz mengenai penghinaan DAP terhadap Islam. Apabila kita membaca Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Harian Metro, tiada satu pun artikel atau berita dari surat khabar tersebut menceritakan berita yang betul. Orang-orang yang sedikit extremis terutama kaki-kaki bodek UMNO dan BN terus menghentam Tok Guru tanpa membaca dan mengetahui hal yang sebenar. Yang paling menghairankan dan paling ajaib, pemimpin yang dikatakan mempunyai ilmu yang tggi seperti Tan Sri Muhyiddin juga melahirkan pendapat yang menunjukkan kebodohan beliau. Kecewa, terkilan dan sebagainya! Mengapa dibaca surat khabar yang sudah terbukti tidak pernah adil dalam memberi berita pada pembacanya. Kenapa tidak masuk Youtube dan tengok sendiri video mengenainya atau membaca Sinar Harian yang memberi sedikit berita yang berbeza tapi benar pada hakikatnya?!
Di sini aku hendak memetik sedikit apa yang dikatakan oleh Tok Guru mengenai DAP menghina Islam tempoh hari. Tok Guru menyifatkan tindakan segelintir pemimpin DAP yang menghina Islam bukanlah sesuatu kesalahan memandangkan mereka bukan orang Islam.
"Sekarang timbul masalah hina Islam. Siapa yang hina Islam?Orang yang menolak Islamlah yang yang menghina Islam. Malah kami orang yang memperjuangkan Islam ini dihina. DAP kalau hina ISlam, tidak mengapa sebab dia tidak Islam. Sepatutnyakita dedahkan Islam kepada rakyat supaya dia faham termasuklah DAP. Orang Melayu Islam yang menolak Islam itulah sebenarnya dianggap menghina Islam. Sebab itulah PAS bersama DAP biar DAP faham Islam". - Tok Guru.
Dari petikan kata-kata Tok Guru itu tadi, aku pasti semua orang yang celik ilmunya dan tahu membezakan ayat-ayatnya akan paham apa yang Tok Guru maksudkan. DAP tidak mengenal Islam dan bukan beragama Islam, memang logikla mereka menghina Islam. Zaman Rasullullah dahulu, Islam juga dihina oleh kaum Jahiliyah kerana mereka tidak mengenal Islam. Kita juga akan menghina dan menolak sesuatu yang kita rasa benda itu berlawanan dengan kehendak dan kepentingan kita walaupun pada hakikatnya benda itu baik. Kita akan terima sesuatu yang baru itu apabila kita belajar dan memahami perkara itu.
Aku hidup dan membesar di Kelantan. Rakyat Kelantan sangat menghoramti antara satu sama lain termasuklah Melayu, Cina, Siam dan India. Cina, Siam dan India tidak pernah mempertikaikan Islam di Kelantan kerana mereka telah faham apa itu Islam dan cara hidup Islam di Kelantan. Cina tidak meminum arak di khalayak ramai kerana menghormati orang-orang Melayu. Cina tidak menjual babi dan makan babi dikhalayak ramai kerana menghormati Melayu. Cina, India, Siam menghormati masjid dan hari Jumaat. Itu hanyalah sedikit contoh yang dapat aku tengok sepanjang aku tinggal di Kelantan.
Aku berharap selepas ini kita janganlah terus membuat kenyataan yang sama sekali tidak benar dan menunjukkan kebodohan kita kepada orang lain. Bagi aku, kalu tidak tahu apa-apa tidak usahlah bercakap. Lebih baik diam dari bercakap. Dan jika tidak pasti, dapatkan informasi untuk pastikan kemusyikan kita itu dan belajar jika tidak tahu hukum dan nas-nas nya. Sama-sama kita bersyukur pada kurnia rezeki-Nya. Amin..Alhamdulillah...

laughing stock....gerombolan mongolian memey bodo...
ReplyDeletewat u expect?!hahahah
ReplyDeleteanda pandai menilai
ReplyDelete