Friday, August 14, 2009

Ketidak-adilan Dunia vs Rezeki-Nya

Nissan Silvia Spec R

Semalam seorang kawan aku call aku. Kawan yang merangkap orang kampung aku, jiran dan dua pupu aku - Sleen. Sama baya dengan aku dan sekarang dia keja di Singapore. Sebab lama tak jumpa maka banyakla cerita yang dikongsi. Sleen ni adalah sama baya dengan aku dan kitorang dulu sama-sama dapat masuk UiTM. Cuma bezanya dia dapat masuk UiTM Dungun sambung Diploma Kej. Elektrik dan aku masuk UiTM Perak. Tapi dia ada masalah sikit dengan study dan tak dapat tamatkan Diploma nya tu. Sayang jugak la sebab masa dia quit tu pun dah final semester. Tapi nak buat macam mana kan, dah takda rezeki dia akat situ. Tapi lepas dia quit dari UiTM, dia amik keputusan untuk masuk latihan di NIOSH dan mendapatkan sijil kelayakan di sana. Sekarang dia dah berkerja di Singapore sebagai Safety and Health Technician dengan gaji SD7000 sebulan. Baru 4 bulan keje, last-last semalam dia bagitahu aku dia baru angkat Nissan Silvia dengan membuat down payment RM15K dan monthly installment RM1600. Daripada situ aku terus terfikir, alangkah kejam dan tidak adilnya dunia ini. Aku yang belajar sampai Degree tapi hanya mampu bergaji yang cukup-cukup makan tapi Sleen boleh hidup melebihi aku!

Tapi selepas 30 minit, barula aku sedar yang semua 2 adalah rezeki Allah dan aku sebagai hambanya harus bersyukur dengan apa yang telah aku kecapi sekarang. Mungkin rezeki aku masih banyak yang menanti di depan hari. Aku harus terus berusaha untuk terus melawan ketidak-adilan dunia kerana aku tahu Allah tidak pernah kejam dan sentiasa berlaku adil pada hamba-Nya. Aku tumpang gembira dengan kejayaan hidup Sleen sekarang dan aku harap aku juga akan boleh terus berjaya. Amin...


1 comment:

  1. sabar saja la...i felt the same way too...ada kawan aku dengan berbekalkan sijil tapi boleh bawa balik RM7-8k...aduh...rezeki orang lain-lain...

    ReplyDelete