Monday, August 24, 2009

Maxis 63660, Kempen BN di Permatang Pasir

Assalamualaikum...
Ini sekali lagi aku nak menulis mengenai politik dan kempen dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Aku hanya hendak menyebut mengenai kempen yang dilakukan oleh Maxis atau Hotlink untuk membantu calon BN di PP. Sehingga ke hari ini aku telah mendapat tidak kurang 10 SMS dari 63660 iaitu dari rangkaian Maxis yang mana mesej-mesejnya mengenai keburukan PAS, Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, Tok Guru dan sebagainya. Aku sudah bosan untuk membaca mesej-mesej seperti ini. Adakah BN tidak pernah belajar dari kesilapan mereka yang terdahulu. Mengawal siaran berita di TV, akhbar-akhbar dan kali ini melalui talian telefon pula akan membuatkan orang bosan dan jelik dengan BN. Orang malas untuk menonton berita kerana sudah tahu dan hafal isi kandungan beritanya. Orang malas untuk membaca berita di akhbar-akhbar kerana bosan dengan berita yang tidak benar dan berat sebelah.

Aku ini bukan penyokong pembangkang. Aku adalah Pemuda UMNO dan faham apa itu perjuangan untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Tapi aku akan sokong apa yang betul dan akan membantah apa yang salah. Yang terang-terang salah tetap salah dan aku tidak akan sokong walaupun datangnya dari UMNO atau PAS. Senang saja. Cara-cara berkempen begini bagi aku sangat-sangat sampah dan meloyakan pengundi-pengundi. Sedarlah wahai UMNO atau PAS, berkempenlah dengan hemat yang tinggi kerana pengundi-pengundi akan menilai parti anda dengan cara itu. PAS tidak perlu menghina atau mempertikaikan keIslaman ahli UMNO dan UMNO pula tidak perlu menggunakan kuasa yang ada sebagai kerajaan untuk meraih undi. Semoga Allah terus memberkati bumi Malaysia ini dengan rahmat-Nya dan mengurniakan kita dengan pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Rakyat tidak mahu pemimpin yang berjuang demi Kroni, Keluarga dan Nyawa sendiri!

6 comments:

  1. aku setuju untuk perenggan yang pertama. dan sebahagian dari perengan kedua. bagi aku Tok Guru tak pertikai Islam ahli UMNO tapi menyokong UMNO. Macam penulis Ahli UMNO tapi tak semuanya sokong UMNO. Ini disbbkan oleh UTUSAN, percayelah nanti mungkin akan ada permohonan Maaf dari UTUSAN kerana isu ini. Yang aku tahu bila orang beriman berbahagi-bahagian tentang keimananya memang akan dipersoal. Kawin dan mati pakai Islam, Bila minum, minum arak tapi baca bismillah. Ini namanya JAHIL MURAKKAB.

    ReplyDelete
  2. aku sokong government, sbb aku nk jadi PTD....tp sokong government x semestinya sokong gerombolan...

    ReplyDelete
  3. woh..aku doakan mu dapat PTD li!mu memang ada jiwa PTD cuma PTD xleh pakai baju bundle la g kijo!

    ReplyDelete
  4. lonih aku paka uniform apo gi kijo...aku buleh jadi ptd kot, cumo jiwo politik aku = 0

    hahaha...aku nk jadi ptd bahagian tanoh, aku nok guno kuaso kerajaan curi tanoh bob!

    so lagih, aku nk lucut saing baik mung drpd jpa! muahahahahahaha...

    ReplyDelete
  5. pergh gila dasyat komen u. I tangkap bawah ISA baru tau. hehe =p nasib baik aku tak dapat sms Maxis tu. kalu tak, confirm aku tkr line Digi wtf.

    Pali, jd la PTD. disegani la jgk dlm kerajaan. hehe

    ReplyDelete
  6. tlg la tangkap aku nga ISA.lps 2 lepas aku,aku akan jadi potential calon tuk PM Malaysia!Amek palie jadi Menteri Sukan!hahaahh...

    palie nak jadi PTD da..sbb dia teruja nga keje kerajaaang!

    ReplyDelete