Friday, March 27, 2009

UMNO, Maharaja Jib dan Masa Depan...

Minggu ini semua rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu semuanya menumpukan perhatian ke PWTC! Perhimpunan dan pemilihan pucuk pimpinan UMNO sedang rancak berlangsung di sana. Aku sempat singgah sejam sahaja di PWTC semalam (Khamis). Tertinggal kad keahlian PEMUDA tetapi nasib sedikit baik sebab tiba-tiba berjumpa dengan kenalan di ruang legar dewan. Menegur, ditegur...dan aku berjaya juga singgah dan merasai kehangatan suasana di situ. Terima kasih Datuk dan Datin, Nazari, Puan Halimon dan kawan-kawan kenalan yang lain.

Berbalik pada perhimpunan UMNO kali ini, aku tidaklah terlalu 'bersungguh' sangat untuk mengikutinya. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja yang perlu aku siapkan atau mungkin juga aku sudah muak untuk mendengar orang-orang UMNO bercerita cerita-cerita kayangan mereka. Aku memang ahli UMNO/PEMUDA tetapi aku tidak menyokong semuanya dalam UMNO. Aku tidak suka dan benci KJ menang Ketua Pemuda. Aku juga tidak suka Najibz sebagai Presiden dan mungkin juga akan menjadi PM Malaysia ke-6. Tetapi sidah menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Hidup ini hendak atau tidak kita sebagai rakyat kena juga terima. Tunggu PRU13 nanti baru kita ubah apa yang patut. Aku 'orang' Mahathir sebab aku lahir dan membesar dalam zamannya. Aku juga orang Anwar sebab aku melihat bagaimana semangatnya melawan arus. Aku tidak mengatakan beliau tidak bersalah atau menyokong penuh beliau, tetapi ada sesuatu padanya yang boleh aku belajar.

Di dalam pemilihan UMNO kali ini, hanya 3,4 orang shaja yang boleh aku terima pemilihannya. KJ?sudah awal-awal aku menolak dan membencinya. Dikaitkan dengan politik wang (nama UMNO) atau rasuah (nama AKTA dan SPRM), tapi masih lagi boleh bertanding dan paling tidak aku percaya dia boleh menang melawan MUKHRIZ! Aku hanya boleh menerima Mr. No Controversy sahaja dalam UMNO baru ini yang mana aku higlightkan di dalam senarai di bawah.

Aku hanya berharap kepimpinan baru ini dapat terus berjuang untuk rakyat, negara dan ORANG MELAYU khasnya. Jangan lupa pada UMNO yang dulu...jangan jadikan UMNO baru ini UMNO NAJIB! UMNO mesti berubah jika tidak mahu karam. Amin...

Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011


Pengerusi Tetap

Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap

Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden

Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi

Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi

Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi

Datuk Noh Omar – 2084 undi

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi

Datuk Azian Osman – 2060 undi

Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi

Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi

Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi

Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi

Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi

Datuk Idris Haron – 1658 undi

Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi

Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi

Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi

Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi

Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi

Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi

Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi

Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi

Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi

Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi

Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi

Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi




1 comment:

  1. Jika dibaca dalam chedet.cc memang best la macamana Tun bagi komen tentang benda ni.Semua dapat kita nampak dan tahu(walaupun ramai yang dah tahu) betapa tidak adil politik Malaysia ni.

    *Dalam akhbar Metro hari ni(27 Mac) ada mengatakan yang mahasiswa sekarang benci kerajaan sebab hasutan pensyarah padahal yang berkata demikian cuma ingin menutup apa yang terang2 berlaku dan dapat di tafsir oleh mahasiswa sekalian.

    ~Siapa lebih bersalah? pensyarah atau yang pemimpin? kita semua tahu~~~

    ReplyDelete