Wednesday, March 25, 2009

Al-kisah 3 Orang Sahabat....

Maka tersebutlah kisah dahulu kala, di kala zaman persekolahan di sebuah bandar Putheh namanya. Adalah 3 orang sahabat yang sangat akrab persaudaraannya. Berkongsi sekolah yang sama, kelas yang sama dan kadang kala belajar bersama. Sesudah menginjak dewasa, 3 sahabat ini tadi masih lagi bersahabat, malah semakin akrab persaudaraan mereka. Ketiga-tiganya berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Si P, sahabat pertama berjaya masuk ke UniOil dan 2 orang lagi, N dan K namanya, pula berjaya masuk ke UniBomi. Hendak dijadikan cerita, kebetulan nya pula kedua2 universiti tadi berada di dalam satu tanah yang sama dinamakan Tronying! Maka bersambungan lagila persaudaraaan mereka selama itu.

Setelah sekian lama bersaudara, maka tibalah masanya untuk ketiga-tiga orang sahabat ini melalui zaman bekerja dan bercinta. Si N sudah menemui cintanya dan begitu juga Si K. Tapi malang untuk Si P. Walaupun memiliki wajah yang tampan dan segak bergaya tetapi hatinya yang tidak ingin bercinta membuatkan dia masih lagi keseorangan. Katanya, dia tidak ada masa untuk perempuan kerana dirinya yang membusankan. Juga sibuk dengan kerjaya dan dia lebih mementingkan hubungan dengan kawan-kawannya. Maka dengan itu, kawan-kawannya sangat menghormati pendirian Si P ini. Akan tetapi, dari ketiga-tiga sahabat ini tadi, terdapat seorang sahabat yang langsung tidak pandai untuk menghormati kawan-kawannya. Setelah sekian lama berkawan dia sanggup untuk menidakkan segala keakraban mereka sebelum ini. Si K telah berkenalan dengan seorang gadis yang datangnya dari dunia yang lebih maju dari dunia persahabatnnya sebelum ini. Maka oleh sebab kemajuan yang dibawa oleh sahabat sejati barunya tadi maka dia telah melupakan segala persaudaraannya. Cinta itu boleh membunuh sesiapa sahaja termasuklah hubungan seorang sahabat dengan sahabatnya. Hanya bila perlu sahaja dia mencuba untuk mencari kawan-kawannya tadi. Selebihnya, dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan ‘sahabat sejati’ barunya itu. Tidak mengapa lah…itu adalah pilihannya!

Maka al-kisah 3 orang sahabat telah bertukar menjadi al-kisah 2 orang sahabat. Masa telah berlalu dengan pantas sekali. Maka si N dan si P tadi telah berjaya mendapatkan sahabat-sahabat baru untuk berkongsi segala senda gurau dan cerita mereka. Sahabat-sahabat baru dari kalangan sahabat si K itu juga. Lama-kelamaan, maka teruslah sahabat bernama K tadi dilupakan. Bukan setakat dilupakan oleh sahabat-sahabatnya akan tetapi menjadi topic perbualan pula dikalangan sahabat-sahabat baru si P dan si N tadi. Salahkah mereka bercerita mengenai bekas sahabat mereka? Kata si Sepa, tidak salah mereka bercerita benda yang betul asalkan orang empunya diri tidak tahu. Betul juga ayat bodoh Sepa itu apabila difikirkan balik. Masa telah berlalu dengan begitu saja. Si K masih lagi mencari apa yang dia sendiri tidak pasti. Dan si N dan P bersama-sama sahabat-sahabat lain masih jugak seperti pada awal mereka berkenalan. Diharapkan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga dan komitmen sendiri pada masa mendatang….

* Telah menjadi lumrah di dunia ini dalam bersahabat. Kita tidak boleh memaksa orang untuk bersahabat dengan kita dan kita juga tidak boleh memaksa diri kita untuk menerima seseorang menjadi sahabat kita. Dan apabila kita bersahabat, hormatilah persahabatan yang telah kita bina itu. Kerana untuk mencari seorang sahabat tersangatlah susah sekarang. Orang lebih mahu manjadikan kita sebagai kawan mereka kerana mereka boleh ditinggalkan kita bila mereka tidak perlukan kita. Mereka akan mencari kita bila kita mereka perlukan kita. Tapi lain pula jika bersahabat. Seorang sahabat akan terus menjadi kawan kita walau apa pun terjadi. Selalu betanya khabar, selalu berhubungan dah selalu menghormati.Orang akan menerima kita sebagai kawan selagi orang boleh bersabar dengan kita. Dan jangan salahkan kawan kita itu jika satu hari nanti berjalan terlanggar bahu pun kawan kita itu buat-buat tidak mengenali kita lagi.

8 comments:

  1. xyah la post crite2 ngarut nih..ko fokus bola je la..muke ganazz tp hati tisu siot!!

    ReplyDelete
  2. gapow la alkisah 3 sahabat neh..ambo dop berapo paham la.

    ReplyDelete
  3. hahaha..dop brapo paham xpo...jgn x paham lasom!
    ni masalah saing2 kito la..

    ReplyDelete
  4. too much word la yang...
    pening jek bace :-P
    tp mujo psl sahabat..
    kalau psl bola, kompem aku phm langsong!

    hehe :)>-

    ReplyDelete
  5. terbaik! "the untold story" sedak skali bbumi!

    ReplyDelete
  6. i think ONE of the THREE characters in this story already read it!

    ReplyDelete
  7. wowh..ganah molek crito..buleh masok astro megadrama nih..wahahahha

    ReplyDelete
  8. wahahhahah..menarek2..xsey smbg lg ko?

    ReplyDelete