Saturday, December 26, 2009

Movies With Friends!

Sejak 3 atau 4 bulan ni aku tak tau la kenapa aku suka sangat tengok wayang. TGV, GSC and Cineleisure Damansara...itu la destinasi aku bila ada je movie baru yang kuar. Dan paling penting aku akan book tiket seminggu awal tuk tengok Premier or Opening Show. Mungkin aku kebusanan kot..hidup takde awek memang camni la kot. Hehehehehe....


********************************************************

This is the latest movie aku tengok semalam dengan geng2 UTP..Palie, Mejoh, Takuyuh n Meghie. Najib termasok la jugak walaupun dia sempat 3 kali tertidur sepanjang movie tu. Aku tahu ni bukan jenis movie Najib! Hahahahah...

Sherlock Holmes...with no high expectation because i already know the name! Dah tau nama Sherlock Holmes tu dan pernah juga baca bukunya. Robert Downey Jr. and Jude Law memang tidak mengecewakan. Guy Ritchie memilih pelakon yang betul untuk kedua-dua watak tersebut. Robert sebagai Holmes and Jude Law sebagai Dr. John Watson berjaya membuatkan movie ini wajib tonton. Bagaimana aksi lawak Robert dan Law dapat mengimbangi plot yang sedikit laju. Guy Ritchie memilih jalan selamat untuk filem ini dengan tidak membuatkan penonton berfikir terlalu banyak tuk setiap apa yang berlaku. Dia terus menerangkan dengan kemas untuk setiap plot. Sherlock Holmes akan lebih bagus jika Robert, Law and Rachel dapat memekatkan lagi slanga British mereka. Pandangan aku la kan...

Overall...untuk genre nye aku bagi 4 bintang untuk Sherlock Holmes!


*******************************************************

AVATAR directed by James Cameron

This is totally awesome movie! the best ever sci-fi movie yang pernah aku tonton. Dengar nya kos pembikinan dekat-dekat RM800 juta. So, bila tengok movie ni memang logikla kot. Bagaimana imaginasi Cameron dapat membawa penonton mempercayai dan menghayati kehidupan di Pandora. Jack Sully lakonan Sam Worthington begitu berjaya membuatkan penonton teruja baik ketika menjadi manusia mahupun ketika berada di dalam tubuh Avatar. Kehidupan dan keindahan bumi Pandora tersangatlah di luar imaginasi dan teknologi CGI berjaya menjadikan semuanya nampak seperti real! Fuuuhhhh....

A+ and 5 Star Movie!

**************************************************


2012 directed by Roland Emmerich

Movie ni aku tengok premier sorang2. Ajak budak2 ni semua tak nak g..so,aku book tiket g tengok sorang2 kat Bukit Raja. Duk pulak sebelah awek cun yang balaknya asek nak wat movie sendirik! awek tu plak cam takde mood nak layan balaknya tu. Aku gelak sorang2 walaupun citer ni citer serius. Hahahahaha...

2012 yang menceritakan pasal kiamat yang akan menjelma pada tahun 2012, yang akan memusnahkan 3/4 dari hidupan dibumi ini sangat2 berbaloi untuk ditonton. Lakonan John Cusack memang sangat tidak mengecewakan. Tak pernah lagi kot aku tengok movie John Cuscak yang sampah setakat ni. Value for Money tuk 2012 dan tidaklah mengecewakan dari sususan plot2 dan CGI nyer. Cuma last 30 minutes tu sket lembab dan ending dia sangat2 la tidak dramatik...bagi aku la. Layannnn......


************************************************


Twilight Saga New Moon directed by Chris Wietz


Sekuel kedua adaptation dari novel Twilight. Movie yang aku tunggu sekian lama. Aku tak dapat tengok Premier cite ni coz masa tu aku kat Qlate...balik bercuti Raya Haji. Tapi balik je dari bercuti, aku terus g Cineleisure layan citer ni nga Lina. Walaupun dia dah tengok malam raya tu, aku paksa gak temankan aku tengok. Sori Lina...hehehehe

Nak cite pasal Twilight New Moon ni, cam dah agak dari awal la kan..memang x mengecewakan. baca novel dia pon dah leh wat orang teruja dan sekali kuar movie nyer sure orang berebut nak tengok. Full house kot wayang tuk 2 minggu pertama tu. Kawan baik aku, Biey g Kuantan lepas 2 minggu kot cite ni kuar. Dah basi dah la yang baru nak tenagok. Hahahaha..

Bagi aku la..New Moon ni memang best la. Dari segi susunan cerita nya, watak2 dan juga ending. Ending dia memang terbaek kot! Yeahhhh...tapi paling tak disangkal orang ramai tengok cite ni sebab pelakon2 nya. Kaum hawa aka gadis2 mahupun makcik2 tengok citer ni sebab Robert Pattinson dan laki plak sebab Kristin Stewart. Tapi dia memang cun pon!

4.5 Star tuk Tiwlight New Moon. Waiting for Eclipse and Breaking Dawn now!

1 comment:

  1. sherlock holmes - bukan crito najik, tp aku n george suko

    avatar - najik benci tp aku suko gilo

    2012 - aku sendiri x suko sbb aku tau doh 100% CGI, no storyline, feckless role

    twilight - aku tgk nga meghie 2 ore...hahaha, dh la buleh kusi patoh, dua2 pulok tuh

    btw, timo kasih sbb join grup bachelor aku gi tgk movie, meme up! next stage kito keno gi tgk sempena kehadiran korie!

    ReplyDelete