Ini adalah berita terbaru yang aku dengar petang tadi. FAM telah membuat keputusan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan vs Negeri Sembilan kepada RM30! Tiket yang asalnya berharga RM20 telah dinaikkan sebanyak 50% menjadi RM30. Timbul isu adakah FAM telah mengambil kesempatan terhadap keghairahan peminat-peminat The Red Warriors pada masa ini. Atau FAM sudah tidak mempunyai idea lain lagi bagi menambah pendapatan mereka selain dari menaikkan harga tiket ini.
Apakah alasan logik dari FAM mengenai perkara ini?! Sila jawab. Tan Sri Annuar Musa dah ada dalam FAM sekarang. Adakah beliau boleh memberi komen mengenai perkara ini?
FAM ini bukan kadang-kadang, tetapi MEMANG SELALU membuat keputusan yang sangat BODOH! Sesuailah dengan orang-orang dalam tu juga. Buatlah pemilihan setahun sekali pun, hasilnya tetap sama! BOIKOT FAM!
boikot
ReplyDelete