TAHNIAH THE RED WARRIORS!
Semalam..tanggal 30 Oktober 2010, bolasepak Kelantan sekali lagi mencipta sejarah di mana pasukan kesayangan seluruh rakyat Kelantan - The Red Warriors – telah berjaya memenangi Piala Malaysia 2010 dengan menewaskan Negeri Sembilan. Kemenangan ini telah berjaya membalsa dendam ke atas kekalahan 3-1 pada final tahun lepas. Aku berada di stadium seawal jam 6 petang dapat melihat berapa ramainya penyokong yang datang bagi menyaksikan perlawanan tersebut. 3/4 stadium penuh dengan ‘Lautan Merah’ dan tidak sampai 1/4 stadium dihuni oleh warna kuning penyokong Negeri Sembilan.
Perlawanan bermula dengan agak menarik tetapi gaya permainan yang terlalu berhati-hati dari pasukan Kelantan pada separuh masa pertama membuatkan aku dan penyokong-penyokong lain sedikit ‘panas’. Dengan benteng pertahanan yang goyah, bahagian tengah yang sering kehilangan bola dan penyerang yang tidak mendapat umpanan bola yang menarik – Kelantan dihukum oleh gol awal Negeri Sembilan pada minit 13 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah. Penalti dihadiah pengadil selepas penjaga Kelantan menjatuhkan pemain lawan. Separuh masa kedua, Kelantan bermula dengan amat garang. Sangat berbeza dengan separuh masa pertama dan hasilnya, Hai-O telah menanduk masuk gola pertama Kelantan pada minit 56 dan Piya menjaringkan gol emas Kelantan pada minit 64. Kelantan menang 1-2. Penyokong-penyokong bagai dilanda histeria dan stadium gegak gempita dengan jeritan mereka. Mereka tidak bergrak sehinggalah selesai penyampaian hadiah dan Piala Malaysia.
No comments:
Post a Comment