Wednesday, October 13, 2010

Al-Fatihah buat Saudara Che Karma Sulaiman

me Al-Fatihah…

Seorang Penyokong Kelantan Mati Sesak Nafas namun bukan seperti yang digembar gemburkan iaitu berpunca dari pergaduhan. Mangsa Che Karma Sulaiman, 39 tahun berasal dari Bachok meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan Suku Akhir pertama Piala Malaysia Selangor dan Kelantan semalam.Mangsa sebelum ini ada ditemui oleh pasukan paramedik ketika mengalami sesak nafas, bagaimana pun beliau mengatakan beliau ok ketika ditanya mengenai keadaannya.

Keadaan makin teruk ketika beliau keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan beliau rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia. Menurut maklumat yang aku baca keadaan kecoh gak diluar stadium setelah tamat perlawanan tapi berjaya disurai oleh Pasukan Simpanan Persekutuan. Aku taj berapa pasti tentang pergaduhan yang berlaku sebab aku terus blah je semalam lepas match abeh. Tapi masa sesak nak kuar dari parking area tu depan stadium tu, dengar gak la kecoh-kecoh macam orang gaduh. Tapi tak sangka la plak ada orang meninggal.

Al-Fatihah sekali lagi buat Allahyarham Che Karma Sulaiman. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin

No comments:

Post a Comment