Monday, October 11, 2010

Suku Akhir Piala Malaysia : Selangor vs Kelantan

Sekali lagi dua musuh tradisi bolasepak Malaysia iaitu Selangor dan Kelantan bertemu! Kali ini mereka bertemu dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia. Perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Selasa, 12/10/2010 ini dan perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Kota Bharu. Percaya atau tidak, Stadium Shah Alam adalah kubu kebal Selangor dan sepanjang aku menonton perlawanan Selangor vs Kelantan di sana, Selangor tidak pernah kalah. Walaupun Kelantan mendahului tetapi Selangor tetap akan menjaringkan gol untuk mendapatkan kuputusan seri!

kelantan

Apa yang pasti perlawanan ini akan menjadi sehangat perlawanan-perlawanan yang terdahulu. Penyokong The Red Warriors memang diakui terlalu ramai di sekitar Lembah Klang ini. Setiap kali Kelantan beraksi menentang pasukan Lembah Klang, pasukan Kelantan seakan beraksi di tempat sendiri dek kerana ramainya penyokong Kelantan yang datang.

Aku berharap Kelantan akan dapat melepasi ujian Selangor pada perlawanan ini nanti. Kalau tidak menang pon. dapatkan keputusan seri dan menang di Kota Bharu nanti. Kekalahan pada Final Piala Malaysia tahun lepas masih terasa dan perlu ditebus. Itu pasti!

Diharap penyokong-penyokong yang datang ke stadium dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Janganlah ada yang berlagak samseng dan bergaduh sesama sendiri. Jangan membawa mercun kerana itu akan merosakkan kemeriahan perlawanan dan lebih buruk lagi akan mencederakan orang lain. Ingatlah, yang datang itu terdiri daripada semua golongan. Remaja, orang tua mahupun kanak-kanak. Kita perlu saling menghormati dan menjaga keselamatan diri dan orang lain. Yang terakhir, diharap tidak ada lagi bendera Parti Politik – PAS, UMNO, PKR or etc – di dalam stadium. Kita menonton bolasepak dalam suasana meriah tanpa sempadan agama, bangsa dan politik.

Akhir kata, selamat maju jaya untuk pasukan The Red Warriors. Aku jangkakan Kelantan menang 2-1.

No comments:

Post a Comment