Hari ini bertempat di Proton Shah Alam, Proton telah melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Ini adalah model terbaru yang akan menggantikan Proton Waja di dalam pasaran automatif Malaysia. Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC). Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.
Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).
Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini. Ini bermakna, Proton Inspira yang berkapasiti enjin 2.0 liter hanya akan berharga maksimum RM95,000. Jika dibandingkan dengan harga Mitsubishi Lancer 2.0GT yang berharga hampir RM125,000, Proton Inspira adalah jauh lebih murah dalam kelasnya. Apa pendapat dari pemilik Lancer yang sedia ada?!
Proton Holdings Berhad menjangkakan dapat menjual model terbaru ini sebanyak 1,600 unit sebulan.
Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual Proton mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.
No comments:
Post a Comment