Thursday, May 28, 2009

...Ujian dan Rahmat-Nya...

Sudah seminggu Yana kat ICU...keadaan dia still lagi tak berubah. Masih lagi tak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya dengan 'all the machines and meds'! Aku hari-hari ulang-alik dari rumah ke hospital untuk melawat dia. Aku doakan kamu akan cepat sedar dan sembuh. Kalau kamu ditakdirkan pergi dulu pun, aku akan doakan kamu akan pergi dengan tenang dan aman. Semoga Allah akan memberi ketenangan dalam hati dan diri kamu. Amin...

Pagi tadi pulak, MakCik aku...CqPah..call tiba2. Awal-awal pagi pulak tu. Then, dia bagitahu yang parents aku...Ma nga Abah sakit pulak. Mama aku masuk hospital and abah aku pulak tak berapa sihat. Abah aku sepanjang yang aku tau tak pernah sakit. Kalu sakit pun hanyalah setakat demam. Lepas makan ubat, okey la dia. Tapi kali ni lain pulak jadinya. Dua-dua orang sekali sakit serentak. Pada awalnya aku buat keputusan nak balik tapi aku amik masa dulu tuk berfikir. Tengahari nya, aku call adik aku dan dia cakap..Ma aku dah okey sikit lepas pergi hospital dan doktor masukkan air dan bagi obat! Alhamdullilah...aku doakan kesejahteraan parents aku. Weekend ni aku balik kampung..Insyaallah!

Allah turunkan ujian untuk aku dengan keadaan begini. Aku harapkan aku dapat membuat keputusan yang tepat tuk kedua-duanya...Yana dan ibu bapaku. Insyaallah...Amin

1 comment: