Tanggal 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun Malaysia ini merasai nikmat kemerdekaan. Merdeka dari jajahan Inggeris, merdeka dari taklukan minda dan jajahan tenaga orang asing. Dan selepas 52 tahun merdeka, adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini telah sebetulnya merasai nikmat kemerdekaan? Memang betul kita telah mempunyai negara sendiri, kerajaan sendiri, ekonomi sendiri dan segala-galanya sendiri. Tetapi kesuluruhannya adakah kita seudah merdeka? Terutama oranng-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia?
Para pemimpin, penceramah, nasionalis dan orang ramai selalu memberi pandangan mengenai apa itu erti kemerdekaan. Ada yang menyebut bahawa kita sudah merdeka dari zahirnya dengan bebas dari cengkaman jajahan Inggeris tapi kita masih dijajah oleh Inggeris dan bangsa asing melalui ekonomi. Ada juga yang bercakap mengenai penjajahan baru melalui ilmu dan minda, kepakaran yang kita terpaksa terima dan guna dari bangsa asing. Itu semua terlalu klise untuk didengar lagi pada masa sekarang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkenalkan satu idea baru mengenai Malaysia iaitu 1Malaysia . Adalah idea dan konsep ini akan dapat menjamin keharmonian dan keamanan Malaysia? Atau ada perkara lain yang akan merosakkan nilai KEMERDEKAAN Malaysia?
Kali ini aku tidak mahu menulis mengenai jajahan bangsa asing melalui ekonomi, ICT, ilmu kepakaran atau juga cara hidup rakyat Malaysia. Aku ingin sentuh suatu perkara yang sangat dekat dengan rakyat negara ini tetapi ianya terlepas pandang oleh sesetengah kita. Kita selalu bercakap mengenai perkara-perkara luar yang boleh merosakkan nilai kemerdekaan negara kita. Tapi tidakkah kita sedar yang negara kita ini sedang dihancurkan oleh rakyatnya sendiri.
Malaysia bermula dari kerajaan pertama selepas merdeka, mempunyai barisan pemimpin yang sangat berkaliber dan dapat membangunkan Malaysia seperti yang ada hari ini. Tetapi semakin maju dan moden Malaysia ini, semakin ramai pemimpin yang lupa akan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Semakin ramai pemimpin yang tamak dan gilakan kuasa. Semakin ramai pemimpin yang bertuhankan duit dan kuasa. Rakyat yang berkuasa memilih kerajaan dan pemimpin terus alpa dan terus tertindas. Pemimpin yang memilih keluarga, saudara mara dan rakan-rakan sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan dari rakyat yang sengsara. Korupsi dan rasuah terus berleluasa dalam sektor kerajaan dan swasta. Penyalahgunaan wang zakat, koperasi, jabatan, kementerian dan banyak lagi terus bertambah.
Rakyat diperbodohkan dengan berita-berita yang tidak benar dan palsu. Rakyat ditipu dengan drama politik sampah dari kerajaan dan parti pembangkang. Mereka yang bertelagah masih lagi boleh senyum dan bergurau senda ketika berjumpa tapi rakyat yang taksub ini sudah tidak lagi bertegur sapa. Jiran-jiran bergaduh, surau dan masjid berpecah mengikut parti politik, subsidi dan bantuan disalahguna dah tidak telus, duit zakat disalahguna untuk kepentingan peribadi dan banyak lagi perkara-perkara yang menjelikkan mata tapi dipejam dan dilupakan. Adakah perkara seperti berikut tidak akan merosakkan nilai kemerdekaan negara kita?
Aku berdoa Malaysia ini akan terus maju dan makmur sampai bila-bila. Semoga Allah kurniakan nikmat abadi kepada rakyat Malaysia dan limpahkan kurniaan rezeki untuk rakyat. Semoga Allah hapuskan orang-orang munafik dan hipokrit yang akan membunuh bangsanya sendiri jika dibiarkan lama hidup di dalam Malaysia ini. Allah sedarkan rakyat Malaysia ini dengan tanamkan erti pentingnya bersatu padu, bekerjasama dan saling menghormati. Kurniakan kami pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Bukan pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk kuasa, wang dan pangkat. Amin...
Selamat Menyambut Hari Merdeka...