Thursday, November 25, 2010

Mengahwini Wanita Hamil

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tentang satu e-mel yang aku terima. Aku juga pernah membaca perkara ini dalam sebuah artikel sebelum ini tetapi tidak memanjangkannya bagi tujuan untuk mendapat kepastian datri ustaz, ulama; dan orang-orang agama. Bersama ini aku sertakan tulisan dari emel yang aku terima.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila!


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di
sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini
seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan,
atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk  menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

* Mungkin kita boleh bertanya pada alim ulama’ untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci. Aku tidak berani bermain dengan hukum Allah tetapi ini adalah untuk berkongsi apa yang aku baca sahaja.

Sunday, October 31, 2010

2010 : Bolasepak Kelantan Dalam Sejarah

TAHNIAH THE RED WARRIORS!

DSC00791 DSC00793

Semalam..tanggal 30 Oktober 2010, bolasepak Kelantan sekali lagi mencipta sejarah di mana pasukan kesayangan seluruh rakyat Kelantan -  The Red Warriors – telah berjaya memenangi Piala Malaysia 2010 dengan menewaskan Negeri Sembilan. Kemenangan ini telah berjaya membalsa dendam ke atas kekalahan 3-1 pada final tahun lepas. Aku berada di stadium seawal jam 6 petang dapat melihat berapa ramainya penyokong yang datang bagi menyaksikan perlawanan tersebut. 3/4 stadium penuh dengan ‘Lautan Merah’ dan tidak sampai 1/4 stadium dihuni oleh warna kuning penyokong Negeri Sembilan.

DSC00796   DSC00802 DSC00792

Perlawanan bermula dengan agak menarik tetapi gaya permainan yang terlalu berhati-hati dari pasukan Kelantan pada separuh masa pertama membuatkan aku dan penyokong-penyokong lain sedikit ‘panas’. Dengan benteng pertahanan yang goyah, bahagian tengah yang sering kehilangan bola dan penyerang yang tidak mendapat umpanan bola yang menarik – Kelantan dihukum oleh gol awal Negeri Sembilan pada minit 13 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah. Penalti dihadiah pengadil selepas penjaga Kelantan menjatuhkan pemain lawan. Separuh masa kedua, Kelantan bermula dengan amat garang. Sangat berbeza dengan separuh masa pertama dan hasilnya, Hai-O telah menanduk masuk gola pertama Kelantan pada minit 56 dan Piya menjaringkan gol emas Kelantan pada minit 64. Kelantan menang 1-2. Penyokong-penyokong bagai dilanda histeria dan stadium gegak gempita dengan jeritan mereka. Mereka tidak bergrak sehinggalah selesai penyampaian hadiah dan Piala Malaysia.

Monday, October 25, 2010

Tiket Final Piala Malaysia 2010 : RM30?! BOIKOT FAM!

imagesIni adalah berita terbaru yang aku dengar petang tadi. FAM telah membuat keputusan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan vs Negeri Sembilan kepada RM30! Tiket yang asalnya berharga RM20 telah dinaikkan sebanyak 50% menjadi RM30. Timbul isu adakah FAM telah mengambil kesempatan terhadap keghairahan peminat-peminat The Red Warriors pada masa ini. Atau FAM sudah tidak mempunyai idea lain lagi bagi menambah pendapatan mereka selain dari menaikkan harga tiket ini.

Apakah alasan logik dari FAM mengenai perkara ini?! Sila jawab. Tan Sri Annuar Musa dah ada dalam FAM sekarang. Adakah beliau boleh memberi komen mengenai perkara ini?

FAM ini bukan kadang-kadang, tetapi MEMANG SELALU membuat keputusan yang sangat BODOH! Sesuailah dengan orang-orang dalam tu juga. Buatlah pemilihan setahun sekali pun, hasilnya tetap sama! BOIKOT FAM!

Friday, October 15, 2010

Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira 2010 (New Waja)

inspira

Hari ini bertempat di Proton Shah Alam, Proton telah melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Ini adalah model terbaru yang akan menggantikan Proton Waja di dalam pasaran automatif Malaysia. Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC). Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.

Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).

Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini. Ini bermakna, Proton Inspira yang berkapasiti enjin 2.0 liter hanya akan berharga maksimum RM95,000. Jika dibandingkan dengan harga Mitsubishi Lancer 2.0GT yang berharga hampir RM125,000, Proton Inspira adalah jauh lebih murah dalam kelasnya. Apa pendapat dari pemilik Lancer yang sedia ada?! 

Proton Holdings Berhad menjangkakan dapat menjual model terbaru ini sebanyak 1,600 unit sebulan.

Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual Proton mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.